- "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan)." (Luqman 31:14)
- Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai ape?
Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?
Ustaz: Taklah. Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari. Benda yg awak pakai ni tahan matahari erk?
Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit... Blalalala... Memang tahan matahari. Tahan haba.
Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak?
~sekadar peringatan bersama~ (^_^)/
sumber: CINTA ALLAH CINTA ABADI.
- Jangan rasa dirimu TERBAIK kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEJAHATAN.
Jangan FIKIR dirimu ALIM kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEDENGKIAN.Jangan rasa dirimu BERKASIH SAYANG kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEBENCIAN
InsyaAllah,sama2 MENCUCI HATI kita..Amin Ya Rabb..
- "Abang tak abang, ini dunia Allah SWT yang pegang" "Lu ayahanda ka, lu abang long ka, Mungkar&Nakir soal dlm kubur nanti menggigil juga" "Abang besar sudah keluar ya, wa ingat lu sudah bertaubat pada ALLAH" "Aku tak takut mati, tapi aku takut mati dlm kekufuran dan dilaknat ALLAH"
- "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi) ^_^
sekian..ini sahaja yang dapat disediakan...assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment